RzeeQ NetWork
  • Home
  • Filem

    Movies

    10 Filem Netflix Paling Popular Ketika Ini
    FilemHiburanInfoMovie

    10 Filem Netflix Paling Popular Ketika Ini (Oktober 2025) — Thriller Terbaru Raih Tempat Teratas

    RzeeQ
    RzeeQ
    16/10/2025
    Filem

    10 Filem Wajib Tonton Januari 2025 Di Pawagam

    Emma
    Emma
    11/01/2025
    9 Rancangan & Filem Untuk Ditonton CNY 2025 Ini
    FilemVideo

    9 Rancangan & Filem Untuk Ditonton CNY 2025 Ini

    Emma
    Emma
    11/01/2025
  • Terkini
    sm town wonderland halloween
    BeritaHiburan

    SM Batalkan Pesta Halloween Susulan Tragedi Itaewon

    Pada malam 29 Oktober, sekurang-kurangnya 146 orang maut dan 150 lagi cedera…

    BeritaDalaman
    Senarai Universiti Terbaik Malaysia (QS 2025)
    Taman Tema Terbaik Di Malaysia
    Travel
    19 Taman Tema Terbaik Di Malaysia 2023
    Huawei Matepad 11 2023
    Teknologi
    Pre-Order Huawei MatePad 11 2023 Malaysia – set 6GB + 128GB, berharga RM1799
    Sukan
    Indonesia akan merobohkan stadium bola sepak yang telah meragut 133 nyawa
  • Berita
    Apple iOS 17, macOS 14 dan AR/VR serba baharu bakal dilancarkan pada 5 Jun di WWDC23
    2 Min Read
    Teknologi
    A Guide to Effective SEO Tactics to Improve Ranking
    2 Min Read
    Guide
    azira shafinaz
    Azira Shafinaz: Jangan kita bandingkan De Fam dan DOLLA!
    1 Min Read
    Fesyen Hiburan
    Sinopsis Filem Mat Kilau
    1 Min Read
    Hiburan
    the sacred riana bloody mary
    Filem Horor The Sacred Riana 2: Bloody Mary
    1 Min Read
    Filem Movie
    dr amalina
    Dr Amalina Kongsi Gambar Anak Di Sosial Media
    2 Min Read
    Hiburan
    Previous Next
  • Pages
    • Customize Interests
    • Blog
    • Privacy Policy
  • Contact
Subscribe Now
RzeeQ NetWork
  • Home
  • Filem

    Movies

    10 Filem Netflix Paling Popular Ketika Ini
    FilemHiburanInfoMovie

    10 Filem Netflix Paling Popular Ketika Ini (Oktober 2025) — Thriller Terbaru Raih Tempat Teratas

    RzeeQ
    RzeeQ
    16/10/2025
    Filem

    10 Filem Wajib Tonton Januari 2025 Di Pawagam

    Emma
    Emma
    11/01/2025
    9 Rancangan & Filem Untuk Ditonton CNY 2025 Ini
    FilemVideo

    9 Rancangan & Filem Untuk Ditonton CNY 2025 Ini

    Emma
    Emma
    11/01/2025
  • Terkini
    azam tahun baru
    InfoTips

    Azam Tahun Baru 2025 : Senarai Checklist, Contoh & Tips Inspirasi

    Selamat datang tahun baru! Inilah masanya untuk menetapkan azam baru untuk mewujudkan…

    azam tahun baru
    InfoTips
    Azam Tahun Baru 2025 : Senarai Checklist, Contoh & Tips Inspirasi
    RON97 & Diesel Naik 5 Sen Seliter, Harga Runcit RON95 Kekal
    Berita
    RON97 & Diesel Naik 5 Sen Seliter, Harga Runcit RON95 Kekal
    remp-it 2 poster
    MovieVideo
    Remp-It 2 : Trailer & Sinopsis (2022)
    Final TM Piala Malaysia 2022
    Sukan
    Final TM Piala Malaysia 2022 (26 Nov)
  • Berita
    pengasas fashionvalet
    Pengasas FashionValet Vivy Yusof, Fadzaruddin akan menghadapi pertuduhan esok dikaitkan dengan kerugian pelaburan Khazanah, PNB
    1 Min Read
    Bisnes
    Harga Scaling Gigi Di Klinik Kerajaan & Swasta 2025
    Harga Scaling Gigi Di Klinik Kerajaan & Swasta 2025
    5 Min Read
    Info
    bukit gasing
    Hiking Di Kuala Lumpur: Panduan Sekitar Bukit Gasing, Petaling Jaya
    8 Min Read
    Travel
    Pelakon Kim Ji Young Keluarkan Kenyataan Berkenaan Tuduhan Terbaru
    3 Min Read
    Artis Hiburan
    Cuti Bersalin Untuk Suami: Cuti Paterniti & Jumlah Cuti
    Cuti Bersalin Untuk Suami: Cuti Paterniti & Jumlah Cuti
    3 Min Read
    Info Kerjaya Kesihatan
    Sonic the Hedgehog 3 (2024)
    Ulasan Sonic the Hedgehog 3 (2024): Kecepatan, Aksi, dan Kejutan Penuh Warna
    Previous Next
  • Pages
    • Customize Interests
    • Blog
    • Privacy Policy
  • Contact
Subscribe Now
Sign Up
RzeeQ NetWorkRzeeQ NetWork
Font ResizerAa
  • Bisnes
  • Artis
  • Travel
  • Drama
  • Hiburan
  • Fesyen
  • Teknologi
  • Filem
  • Politik
  • Kesihatan
  • Berita
Search
  • Home
  • Categories
    • Berita
    • Filem
    • Hiburan
    • Info
    • Teknologi
    • Tips
    • Video
  • Manage Account
    • History
    • My Bookmarks
    • My Interests
    • My Saves
    • Join Us
    • My account
  • Bookmarks
Follow US
  • Privacy Policy
  • Advertise
  • Subscribe
  • Contact
Copyright © 2023-2025 RZeeQ NetWork. All Rights Reserved.
Home » Blog » Teori konspirasi kebakaran dahsyat Los Angeles
BeritaViral

Teori konspirasi kebakaran dahsyat Los Angeles

MrVeeto
By
MrVeeto
510 Views
Last updated: 16/01/2025
6 Min Read
Penampakan objek terbang tidak dapat dikenal pasti di ruang udara New Jersey pada akhir tahun lalu telah mencetuskan spekulasi baharu.

LOS ANGELES – Platform media sosial dibanjiri pelbagai teori berhubung konspirasi kebakaran dahsyat Los Angeles yang berlarutan selama lebih seminggu sehingga ke hari ini.

Contents
Teori konspirasi kebakaran dahsyat Los AngelesCubaan lindungi P DiddySorok misteri dronSenjata angkasa lepasAngkara meter pintar‘Bersihkan’ laluan projek kereta api lajuGuna ‘beg tangan wanita’

Sebahagian andaian yang dibuat agak tidak masuk akal dan turut menjadi topik perdebatan warganet.

Bencana termahal yang menelan kos berbilion dolar itu telah mengakibatkan kebinasaan pada skala luar biasa ketika usaha mengawal api daripada marak dan merebak ke luar kawasan California terus dipergiatkan.

Gabenor California, Gavin Newsom menyifatkan kejadian itu berisiko menjadi bencana alam terburuk dalam sejarah moden Amerika Syarikat (AS).

Berikut adalah antara teori yang dibahaskan pengguna media sosial.

Teori konspirasi kebakaran dahsyat Los Angeles

Cubaan lindungi P Diddy

Beberapa pihak mendakwa kebakaran tersebut mungkin untuk menutup jenayah dilakukan penerbit muzik, P Diddy bersama selebriti dalam ‘senarai rahsia’ yang berdepan skandal penderaan seksual menggemparkan dunia hiburan AS.

Teori konspirasi kebakaran dahsyat Los Angeles
Beberapa pihak mendakwa kebakaran tersebut mungkin untuk menutup jenayah dilakukan penerbit muzik, P Diddy bersama selebriti dalam ‘senarai rahsia’ yang berdepan skandal penderaan seksual menggemparkan dunia hiburan AS.

Ironinya, rumah agam milik penyanyi rap tersebut langsung tidak terjejas dalam kebakaran hutan di California Selatan meskipun ia terletak di Holmby Hills berhampiran timur Beverly Hills yang dekat dengan laluan api Palisades.

Sebahagian besar kediaman selebriti yang lain berhampiran Pacific Palisades yang terletak kira-kira lapan hingga 80 kilometer dari Holmby Hills dilaporkan musnah.

Bekas pegawai kerajaan, Catherine Austin Fitts bagaimanapun cuba menyangkal teori tersebut.

“Berapa ramai komuniti yang terlibat berada dalam ‘senarai rahsia’ P Diddy?” soalnya merujuk kepada nama selebriti yang didakwa menghadiri parti seks liar anjuran penyanyi kontroversi tersebut.

Terdapat juga dakwaan yang menyatakan kebakaran itu bertujuan untuk menghapuskan bukti termasuk rangkaian terowong yang menghubungkan kediaman P Diddy dengan rumah agam lain yang terpalit skandal tersebut.

Sorok misteri dron

Penampakan objek terbang tidak dapat dikenal pasti di ruang udara New Jersey pada akhir tahun lalu telah mencetuskan spekulasi baharu.

Tindakan pemerintah yang terus mengunci mulut telah menyebabkan ramai warganet percaya kebakaran di LA sebagai cubaan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap isu itu.

“Adakah sesiapa yang sedar tiada lagi dron misteri berlegar-legar di New Jersey. Jadi, kita boleh beri fokus kepada bencana baharu seperti kebakaran dahsyat di California,” ujar seorang pengguna di platform X.

Bakal Presiden Donald Trump berjanji untuk membongkar kebenaran apabila beliau kembali ke Rumah Putih selepas beliau sendiri pernah terlihat dron berlegar-legar di kawasan hartanah miliknya di Bedminster.

Senjata angkasa lepas

Sejumlah pentaasub teori konspirasi mendakwa kebakaran tersebut disebabkan ‘serangan senjata tenaga terus’ untuk menghapuskan manusia.

Sejumlah pentaasub teori konspirasi mendakwa kebakaran tersebut disebabkan ‘serangan senjata tenaga terus’ untuk menghapuskan manusia.

Topik itu dibahaskan berdasarkan rakaman memaparkan objek terbang misteri berhampiran LA ketika kebakaran itu bermula.

Beberapa warganet juga mempertikaikan bagaimana pokok palma terselamat sedangkan kediaman musnah dijilat api, lalu muncullah teori kebakaran itu disebabkan senjata dari langit atau angkasa lepas.

“Mustahil kereta dah rumah musnah sepenuhnya, namun pokok masih tegak berdiri,” kata seorang pengguna media sosial.

Tetapi, pakar cuba merungkai persoalan tersebut dengan menyatakan pokok palma mempunyai kandungan lembapan yang tinggi, sekali gus menyukarkan ia daripada terbakar.

Selain itu, muncul juga teori mendakwa kebakaran itu disebabkan oleh penggunaan senjata gelombang mikro yang berfungsi dari angkasa lepas sama seperti laser pemusnah planet digunakan dalam filem sains fiksyen, Star Wars.

Angkara meter pintar

Pengguna media sosial menyebut teori tentang skala kemusnahan LA yang dikaitkan dengan meter pintar.

Sebahagian daripadanya percaya kebakaran itu dicetuskan ‘dari dalam’ berpunca daripada bateri litium dan pendawaian tembaga.

Tetapi, ada juga yang menolak dakwaan tidak berasas itu dengan menjelaskan meter pintar disambungkan ke meter rumah melalui rangkaian khusus dan bateri litium yang digunakan mereka adalah stabil.

‘Bersihkan’ laluan projek kereta api laju

Sejumlah pengguna platform X berkongsi peta laluan api dengan rangka kerja projek rangkaian kereta api laju California.

Catatan tersebut mendakwa kebakaran itu sepadan dengan laluan rangkaian pengangkutan kereta api antara San Francisco dan LA.

Difahamkan, projek tersebut berulang kali terpaksa ditangguhkan.

Namun, pemeriksa fakta menyangkal dakwaan itu dan memaklumkan peta yang digunakan itu adalah tidak tepat.

Satu lagi teori konspirasi yang muncul adalah kebakaran itu dicetuskan Gabenor California, Gavin Newsom dan Presiden Joe Biden bagi menjayakan projek kereta api laju yang dibiayai China.

Guna ‘beg tangan wanita’

Pasukan bomba yang berhempas-pulas turut berdepan teori tidak masuk akal iaitu anggota mereka menggunakan beg tangan wanita untuk mengawal api.

Pasukan bomba yang berhempas-pulas turut berdepan teori tidak masuk akal iaitu anggota mereka menggunakan beg tangan wanita untuk mengawal api.

Ia berdasarkan imej kru membawa ‘beg tangan wanita’ berisi air dan penyebar teori itu, Alex Jones mendakwa mereka kekurangan peralatan kerana bekalan itu telah dihantar ke Ukraine.

Ketua Jabatan Bomba LA, Erik Scott bagaimanapun menjelaskan ‘beg tangan’ itu sebenarnya beg kanvas yang biasa digunakan mereka untuk mengawal api kecil dan tidak perlu disambung dengan hos.

Scott turut menafikan dakwaan mereka terpaksa merekrut orang awam untuk menyertai operasi bomba.

“Ia jelas tuduhan tidak berasas. Keutamaan sekarang adalah untuk membantu orang ramai berpindah dan menyelamatkan lebih banyak nyawa,” tegasnya.

TAGGED:Kebakaran Los Angeles
Share This Article
Facebook Copy Link Print
Previous Article Semakan MRSM : Kemasukan Ting 1 & 4 Sesi 2025/2026 Semakan MRSM : Kemasukan Ting 1 & 4 Sesi 2025/2026
Next Article rahsia orang cina bina kekayaan Rahsia Orang Cina Bina Kekayaan
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular
Siri Honor Magic8 Kini Rasmi – Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 Dan Kamera Telefoto 200MP
Siri Honor Magic8 Kini Rasmi — Dikuasai Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 & Kamera Telefoto 200MP

Honor telah melancarkan model flagship terbaharunya, Magic8, di China. Model ini ditawarkan dalam dua varian,…

146 Views
2 Min Read
10 Filem Netflix Paling Popular Ketika Ini
10 Filem Netflix Paling Popular Ketika Ini (Oktober 2025) — Thriller Terbaru Raih Tempat Teratas

Para peminat Netflix, sudah tiba masanya untuk merancang senarai tontonan hujung minggu anda! Sama ada…

180 Views
7 Min Read
Cristiano Ronaldo Jadi Pemain Bola Sepak Pertama Yang Bergelar billionaire

Cristiano Ronaldo telah mencipta sejarah apabila secara rasmi diiktiraf sebagai pemain bola sepak pertama yang…

95 Views
2 Min Read
diskaun saman hari kebangsaan
Diskaun Saman PDRM 50 % Sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan 50% pengurangan saman trafik melalui…

223 Views
4 Min Read
bantuan kanak-kanak
Cara Memohon Bantuan Kanak-kanak (BKK) JKM 2025

Apa itu BKK JKM 2025? Bantuan Kanak-Kanak (BKK) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di bawah…

196 Views
6 Min Read

You Might Also Like

lee chong wei madame
BeritaSukan

Patung Lilin Lee Chong Wei diabadikan di Madame Tussauds Singapura

3 Min Read
khairulaming
ArtisBeritaHiburanViral

Khairulaming Catat Rekod Di “Malaysia Book of Records” Untuk Jualan RM1 Juta Terpantas Di TikTok Shop

1 Min Read
pengecasan ev kereta
Berita

TNB menetapkan sasaran 18,300 lokasi pengecasan EV menjelang 2030

3 Min Read
Khabib ‘The Eagle’ Nurmagomedov
Berita

Bekas juara UFC Khabib ‘The Eagle’ Nurmagomedov akan membuka gym di Johor

2 Min Read
cuti umum untuk Selangor - Amirudin Shari
Berita

Isnin adalah cuti umum untuk Selangor, kata Amirudin

1 Min Read
bulan madu
Berita

Kerajaan Terengganu Taja Bulan Madu Kedua Untuk 40 Pasangan Mencari ‘Bibit Cinta’

1 Min Read
wanita besi di atas klcc
VideoViral

“Wanita Besi Di Atas KLCC” – Video Menunjukkan Seorang Wanita Membetulkan Lampu Di Menara KLCC

3 Min Read
Berita

Tema Hari Kebangsaan ialah ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka,’ kata Fahmi

2 Min Read
Show More
RzeeQ NetWork

RZeeQ NetWork ialah portal yang mengulas isu semasa, hiburan, teknologi, sukan, tips, filem, travel, holiday dan info di Malaysia.

Latest News

  • Privacy Policy
  • Advertise
  • Subscribe
  • Contact

Resouce

  • Blog
  • Contact
  • Complaint
  • Advertise

Looking for something else?

Request your fav drama or movie below.
Request a Drama/Movie
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up