Projek Dari Layar Ke Lensa diteruskan dengan telefilem Noktah Dosa arahan Fattah Amin disiarkan pada 12 Julai ini, Sabtu pukul 10 malam di slot Cerekarama TV3.
Noktah Dosa
Waktu Siaran: Sabtu, 12 Julai 2025, 10:00 malam
Rangkaian: Cerekarama TV3 / Tonton
Idea Asal: Fattah Amin
Skrip: Fairul Nizam Ablah, Anomalous Writers
Pengarah: Fattah Amin
Produksi: Anomalous Films
Pelakon: Elvina Mohamad, Nafiz Muaz, Jasmin Hamid
Sinopsis Noktah Dosa
Mengisahkan Hafiz (Nafiz Muaz), seorang pelajar pascasiswazah jurusan sosiologi yang sedang menjalankan kajian tentang dunia pelacuran. Penyelidikannya membawanya ke lorong-lorong gelap ibu kota, lalu menemukannya dengan Kamelia (Datin Elvina Mohamad), seorang wanita yang terperangkap dalam dunia hitam bukan atas kehendaknya. Tersentuh dengan kisah silam Kamelia, Hafiz nekad mahu membebaskannya daripada cengkaman Madam (Jasmin Hamid), ibu ayam yang mengawal seluruh hidup wanita itu.