RzeeQ NetWork
  • Home
  • Filem

    Movies

    10 Filem Netflix Paling Popular Ketika Ini
    FilemHiburanInfoMovie

    10 Filem Netflix Paling Popular Ketika Ini (Oktober 2025) — Thriller Terbaru Raih Tempat Teratas

    RzeeQ
    RzeeQ
    16/10/2025
    Filem

    10 Filem Wajib Tonton Januari 2025 Di Pawagam

    Emma
    Emma
    11/01/2025
    9 Rancangan & Filem Untuk Ditonton CNY 2025 Ini
    FilemVideo

    9 Rancangan & Filem Untuk Ditonton CNY 2025 Ini

    Emma
    Emma
    11/01/2025
  • Terkini
    world cup qatar beckham protes
    Sukan

    Pelawak UK koyak duit atas protes perjanjian Piala Dunia Qatar-Beckham

    Negara itu juga menafikan tuduhan menyalahgunakan pekerja dan rasuah untuk memenangi hak…

    Kerjaya
    Internship Program Di WeddingMate Malaysia
    Semakan MRSM : Kemasukan Ting 1 & 4 Sesi 2025/2026
    Info
    Semakan MRSM : Kemasukan Ting 1 & 4 Sesi 2025/2026
    tol percuma raya 2023
    Berita
    PM Anwar Tol Percuma Untuk Aidilfitri Bermula 19 April 2023
    Taman Tema Terbaik Di Malaysia
    Travel
    19 Taman Tema Terbaik Di Malaysia 2023
  • Berita
    taman tema genting skyworlds
    Tiket Taman Tema Genting SkyWorlds Kini Berharga RM19 Lebih Mahal, Melainkan Anda Beli Dalam Talian
    2 Min Read
    Berita Travel
    dap
    DAP akan bertanding di tujuh kerusi parlimen di Pulau Pinang
    1 Min Read
    Politik
    Volunteer Smartphone Patrol (VSP).
    Volunteer Smartphone Patrol (VSP) : Minta Polis Untuk Periksa Rumah Anda Semasa Anda Balik Kampung Raya Ni
    2 Min Read
    Teknologi
    kereta elektrik perodua
    Kereta Elektrik Perodua, eMO-II bawah RM90,000 diperkenalkan
    2 Min Read
    Teknologi
    Sistem iTEMS : Semakan Peperiksaan IPGM / Pendaftaran Kursus Online
    Sistem iTEMS : Semakan Peperiksaan IPGM / Pendaftaran Kursus Online
    4 Min Read
    Info
    Ananda Krishnan
    Taikun jutawan Ananda Krishnan meninggal dunia pada usia 86 tahun
    4 Min Read
    Berita Bisnes
    Previous Next
  • Pages
    • Customize Interests
    • Blog
    • Privacy Policy
  • Contact
Subscribe Now
RzeeQ NetWork
  • Home
  • Filem

    Movies

    10 Filem Netflix Paling Popular Ketika Ini
    FilemHiburanInfoMovie

    10 Filem Netflix Paling Popular Ketika Ini (Oktober 2025) — Thriller Terbaru Raih Tempat Teratas

    RzeeQ
    RzeeQ
    16/10/2025
    Filem

    10 Filem Wajib Tonton Januari 2025 Di Pawagam

    Emma
    Emma
    11/01/2025
    9 Rancangan & Filem Untuk Ditonton CNY 2025 Ini
    FilemVideo

    9 Rancangan & Filem Untuk Ditonton CNY 2025 Ini

    Emma
    Emma
    11/01/2025
  • Terkini
    estee lauder breast cancer campaign
    DalamanKesihatan

    Estée Lauder Sambut Ulang Tahun Ke-30 Asia-Pasifik Dengan Kempen Kanser Payudara

    Di Asia-Pasifik, 30% wanita yang ditinjau berkata mereka tidak pasti tentang pemeriksaan…

    tokyo reopening border
    Travel
    Sempadan Jepun dibuka : 15 perkara yang perlu anda lakukan di Tokyo
    Wang Kertas Baru Untuk Raya Boleh Didapati Di ATM Bank Terpilih
    BeritaDalaman
    Wang Kertas Baru Untuk Raya Boleh Didapati Di ATM Bank Terpilih
    Guide
    A Guide to Effective SEO Tactics to Improve Ranking
    Hiburan
    Sinopsis Filem Mat Kilau
  • Berita
    Final TM Piala Malaysia 2022
    Final TM Piala Malaysia 2022 (26 Nov)
    2 Min Read
    Sukan
    yoga pagi
    5 Manfaat Kesihatan dari Latihan Yoga Pagi Ini Akan Meyakinkan Anda Bangun Dari Tempat Tidur Anda
    4 Min Read
    Kesihatan
    steam price
    Steam : Gamers Malaysia Akan Membayar Lebih Sehingga 42% Untuk Permainan Di Steam
    2 Min Read
    Teknologi
    tower walk 100
    Tower Walk 100: Tarikan Terbaru Di Kuala Lumpur!
    2 Min Read
    Travel
    hellhole 2022
    Sinopsis & Trailer Filem Hellhole 2022
    8 Min Read
    Filem Hiburan Movie
    ookla
    Ookla : TIME Duduki Tangga No 1 Menawarkan Akses Jalur-Lebar Paling Konsisten Di Malaysia
    1 Min Read
    Teknologi
    Previous Next
  • Pages
    • Customize Interests
    • Blog
    • Privacy Policy
  • Contact
Subscribe Now
Sign Up
RzeeQ NetWorkRzeeQ NetWork
Font ResizerAa
  • Bisnes
  • Artis
  • Travel
  • Drama
  • Hiburan
  • Fesyen
  • Teknologi
  • Filem
  • Politik
  • Kesihatan
  • Berita
Search
  • Home
  • Categories
    • Berita
    • Filem
    • Hiburan
    • Info
    • Teknologi
    • Tips
    • Video
  • Manage Account
    • History
    • My Bookmarks
    • My Interests
    • My Saves
    • Join Us
    • My account
  • Bookmarks
Follow US
  • Privacy Policy
  • Advertise
  • Subscribe
  • Contact
Copyright © 2023-2025 RZeeQ NetWork. All Rights Reserved.
Home » Blog » Teori konspirasi kebakaran dahsyat Los Angeles
BeritaViral

Teori konspirasi kebakaran dahsyat Los Angeles

MrVeeto
By
MrVeeto
549 Views
Last updated: 16/01/2025
6 Min Read
Penampakan objek terbang tidak dapat dikenal pasti di ruang udara New Jersey pada akhir tahun lalu telah mencetuskan spekulasi baharu.

LOS ANGELES – Platform media sosial dibanjiri pelbagai teori berhubung konspirasi kebakaran dahsyat Los Angeles yang berlarutan selama lebih seminggu sehingga ke hari ini.

Contents
Teori konspirasi kebakaran dahsyat Los AngelesCubaan lindungi P DiddySorok misteri dronSenjata angkasa lepasAngkara meter pintar‘Bersihkan’ laluan projek kereta api lajuGuna ‘beg tangan wanita’

Sebahagian andaian yang dibuat agak tidak masuk akal dan turut menjadi topik perdebatan warganet.

Bencana termahal yang menelan kos berbilion dolar itu telah mengakibatkan kebinasaan pada skala luar biasa ketika usaha mengawal api daripada marak dan merebak ke luar kawasan California terus dipergiatkan.

Gabenor California, Gavin Newsom menyifatkan kejadian itu berisiko menjadi bencana alam terburuk dalam sejarah moden Amerika Syarikat (AS).

Berikut adalah antara teori yang dibahaskan pengguna media sosial.

Teori konspirasi kebakaran dahsyat Los Angeles

Cubaan lindungi P Diddy

Beberapa pihak mendakwa kebakaran tersebut mungkin untuk menutup jenayah dilakukan penerbit muzik, P Diddy bersama selebriti dalam ‘senarai rahsia’ yang berdepan skandal penderaan seksual menggemparkan dunia hiburan AS.

Teori konspirasi kebakaran dahsyat Los Angeles
Beberapa pihak mendakwa kebakaran tersebut mungkin untuk menutup jenayah dilakukan penerbit muzik, P Diddy bersama selebriti dalam ‘senarai rahsia’ yang berdepan skandal penderaan seksual menggemparkan dunia hiburan AS.

Ironinya, rumah agam milik penyanyi rap tersebut langsung tidak terjejas dalam kebakaran hutan di California Selatan meskipun ia terletak di Holmby Hills berhampiran timur Beverly Hills yang dekat dengan laluan api Palisades.

Sebahagian besar kediaman selebriti yang lain berhampiran Pacific Palisades yang terletak kira-kira lapan hingga 80 kilometer dari Holmby Hills dilaporkan musnah.

Bekas pegawai kerajaan, Catherine Austin Fitts bagaimanapun cuba menyangkal teori tersebut.

“Berapa ramai komuniti yang terlibat berada dalam ‘senarai rahsia’ P Diddy?” soalnya merujuk kepada nama selebriti yang didakwa menghadiri parti seks liar anjuran penyanyi kontroversi tersebut.

Terdapat juga dakwaan yang menyatakan kebakaran itu bertujuan untuk menghapuskan bukti termasuk rangkaian terowong yang menghubungkan kediaman P Diddy dengan rumah agam lain yang terpalit skandal tersebut.

Sorok misteri dron

Penampakan objek terbang tidak dapat dikenal pasti di ruang udara New Jersey pada akhir tahun lalu telah mencetuskan spekulasi baharu.

Tindakan pemerintah yang terus mengunci mulut telah menyebabkan ramai warganet percaya kebakaran di LA sebagai cubaan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap isu itu.

“Adakah sesiapa yang sedar tiada lagi dron misteri berlegar-legar di New Jersey. Jadi, kita boleh beri fokus kepada bencana baharu seperti kebakaran dahsyat di California,” ujar seorang pengguna di platform X.

Bakal Presiden Donald Trump berjanji untuk membongkar kebenaran apabila beliau kembali ke Rumah Putih selepas beliau sendiri pernah terlihat dron berlegar-legar di kawasan hartanah miliknya di Bedminster.

Senjata angkasa lepas

Sejumlah pentaasub teori konspirasi mendakwa kebakaran tersebut disebabkan ‘serangan senjata tenaga terus’ untuk menghapuskan manusia.

Sejumlah pentaasub teori konspirasi mendakwa kebakaran tersebut disebabkan ‘serangan senjata tenaga terus’ untuk menghapuskan manusia.

Topik itu dibahaskan berdasarkan rakaman memaparkan objek terbang misteri berhampiran LA ketika kebakaran itu bermula.

Beberapa warganet juga mempertikaikan bagaimana pokok palma terselamat sedangkan kediaman musnah dijilat api, lalu muncullah teori kebakaran itu disebabkan senjata dari langit atau angkasa lepas.

“Mustahil kereta dah rumah musnah sepenuhnya, namun pokok masih tegak berdiri,” kata seorang pengguna media sosial.

Tetapi, pakar cuba merungkai persoalan tersebut dengan menyatakan pokok palma mempunyai kandungan lembapan yang tinggi, sekali gus menyukarkan ia daripada terbakar.

Selain itu, muncul juga teori mendakwa kebakaran itu disebabkan oleh penggunaan senjata gelombang mikro yang berfungsi dari angkasa lepas sama seperti laser pemusnah planet digunakan dalam filem sains fiksyen, Star Wars.

Angkara meter pintar

Pengguna media sosial menyebut teori tentang skala kemusnahan LA yang dikaitkan dengan meter pintar.

Sebahagian daripadanya percaya kebakaran itu dicetuskan ‘dari dalam’ berpunca daripada bateri litium dan pendawaian tembaga.

Tetapi, ada juga yang menolak dakwaan tidak berasas itu dengan menjelaskan meter pintar disambungkan ke meter rumah melalui rangkaian khusus dan bateri litium yang digunakan mereka adalah stabil.

‘Bersihkan’ laluan projek kereta api laju

Sejumlah pengguna platform X berkongsi peta laluan api dengan rangka kerja projek rangkaian kereta api laju California.

Catatan tersebut mendakwa kebakaran itu sepadan dengan laluan rangkaian pengangkutan kereta api antara San Francisco dan LA.

Difahamkan, projek tersebut berulang kali terpaksa ditangguhkan.

Namun, pemeriksa fakta menyangkal dakwaan itu dan memaklumkan peta yang digunakan itu adalah tidak tepat.

Satu lagi teori konspirasi yang muncul adalah kebakaran itu dicetuskan Gabenor California, Gavin Newsom dan Presiden Joe Biden bagi menjayakan projek kereta api laju yang dibiayai China.

Guna ‘beg tangan wanita’

Pasukan bomba yang berhempas-pulas turut berdepan teori tidak masuk akal iaitu anggota mereka menggunakan beg tangan wanita untuk mengawal api.

Pasukan bomba yang berhempas-pulas turut berdepan teori tidak masuk akal iaitu anggota mereka menggunakan beg tangan wanita untuk mengawal api.

Ia berdasarkan imej kru membawa ‘beg tangan wanita’ berisi air dan penyebar teori itu, Alex Jones mendakwa mereka kekurangan peralatan kerana bekalan itu telah dihantar ke Ukraine.

Ketua Jabatan Bomba LA, Erik Scott bagaimanapun menjelaskan ‘beg tangan’ itu sebenarnya beg kanvas yang biasa digunakan mereka untuk mengawal api kecil dan tidak perlu disambung dengan hos.

Scott turut menafikan dakwaan mereka terpaksa merekrut orang awam untuk menyertai operasi bomba.

“Ia jelas tuduhan tidak berasas. Keutamaan sekarang adalah untuk membantu orang ramai berpindah dan menyelamatkan lebih banyak nyawa,” tegasnya.

TAGGED:Kebakaran Los Angeles
Share This Article
Facebook Copy Link Print
Previous Article Semakan MRSM : Kemasukan Ting 1 & 4 Sesi 2025/2026 Semakan MRSM : Kemasukan Ting 1 & 4 Sesi 2025/2026
Next Article rahsia orang cina bina kekayaan Rahsia Orang Cina Bina Kekayaan
Leave a Comment

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Most Popular
Siri Honor Magic8 Kini Rasmi – Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 Dan Kamera Telefoto 200MP
Siri Honor Magic8 Kini Rasmi — Dikuasai Cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 & Kamera Telefoto 200MP

Honor telah melancarkan model flagship terbaharunya, Magic8, di China. Model ini ditawarkan dalam dua varian,…

184 Views
2 Min Read
10 Filem Netflix Paling Popular Ketika Ini
10 Filem Netflix Paling Popular Ketika Ini (Oktober 2025) — Thriller Terbaru Raih Tempat Teratas

Para peminat Netflix, sudah tiba masanya untuk merancang senarai tontonan hujung minggu anda! Sama ada…

230 Views
7 Min Read
Cristiano Ronaldo Jadi Pemain Bola Sepak Pertama Yang Bergelar billionaire

Cristiano Ronaldo telah mencipta sejarah apabila secara rasmi diiktiraf sebagai pemain bola sepak pertama yang…

127 Views
2 Min Read
diskaun saman hari kebangsaan
Diskaun Saman PDRM 50 % Sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2025

Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan 50% pengurangan saman trafik melalui…

261 Views
4 Min Read
bantuan kanak-kanak
Cara Memohon Bantuan Kanak-kanak (BKK) JKM 2025

Apa itu BKK JKM 2025? Bantuan Kanak-Kanak (BKK) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di bawah…

226 Views
6 Min Read

You Might Also Like

khairulaming
ArtisBeritaHiburanViral

Khairulaming Catat Rekod Di “Malaysia Book of Records” Untuk Jualan RM1 Juta Terpantas Di TikTok Shop

1 Min Read
Wang Kertas Baru Untuk Raya Boleh Didapati Di ATM Bank Terpilih
BeritaDalaman

Wang Kertas Baru Untuk Raya Boleh Didapati Di ATM Bank Terpilih

3 Min Read
kawasaki malaysia
Berita

Kawasaki Malaysia sedang menangani kelewatan alat ganti

1 Min Read
muzium sejarah basikal
BeritaDalaman

Muzium Utama Munich Mementaskan Sejarah Basikal Dalam 70 Reka Bentuk

2 Min Read
BeritaInfo

Melangkah Bersama i-Suri KWSP 2024: Menaik Taraf Kehidupan Pekerja Bebas

3 Min Read
Berita

Tema Hari Kebangsaan ialah ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka,’ kata Fahmi

2 Min Read
pru 15 tidak potong gaji
Berita

Majikan Digesa Tidak Potong Gaji Semasa Hari Mengundi

1 Min Read
sm town wonderland halloween
BeritaHiburan

SM Batalkan Pesta Halloween Susulan Tragedi Itaewon

1 Min Read
Show More
RzeeQ NetWork

RZeeQ NetWork ialah portal yang mengulas isu semasa, hiburan, teknologi, sukan, tips, filem, travel, holiday dan info di Malaysia.

Latest News

  • Privacy Policy
  • Advertise
  • Subscribe
  • Contact

Resouce

  • Blog
  • Contact
  • Complaint
  • Advertise

Looking for something else?

Request your fav drama or movie below.
Request a Drama/Movie
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?

Not a member? Sign Up