Xiaomi 13 Ultra Kini Rasmi, 2600 nits, Dan Kuad-Kamera 50MP Leica

Dari segi rekaan ia memang nampak premium kerana kemasan kulit vegan di bahagian belakang.

By MrVeeto 3 Min Read
- Advertisement -

Xiaomi 13 Ultra dilancarkan secara rasminya hari ini selepas beberapa minggu rekaan serta maklumat mengenainya tertiris ke arena web. Peranti paling mercu ditawarkan oleh Xiaomi tahun ini dilengkapi skrin 6.73″ AMOLED LTPO 120Hz yang boleh mencapai keterangan maksimum 2600 nits. Ini menjadikannya telefon pintar dengan keterangan skrin paling tinggi dalam sejarah telefon mudah alih.

Xiaomi 13 Ultra Kini Rasmi, 2600 nits, Dan Kuad-Kamera 50MP Leica

Xiaomi 13 Ultra Hero.jpg

Skrin ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, memori sehingga 16GB RAM, storan sehingga 512GB dan bateri sebesar 5000 mAh. Bateri ini menyokong pengecasan berwayar 90W, pengecasan nirwayar 50W dan pengecasan berbalik 10W. Peranti ini mempunyai mod hibernasi yang membolehkan peranti beroperasi sehingga 1 jam apabila bateri mencapai tahap 1%.

xiaomi 13 ultra

Sistem kuad kamera 13 Ultra pastinya adalah tumpuan orang ramai. Ia dilengkapi lensa sudut lebar 50MP 1″ Sony IMX 989 dengan OIS, ultra sudut lebar 50MP Sony IMX 858, telefoto 50MP Sony IMX 858 zum optikal hingga 3.2X dengan OIS, dan satu lagi lensa telefoto 50MP Sony IMX 858 dengan zum optikal sehingga 5X zum optikal dengan OIS. Kamera utama ini boleh melakukan zum digital sehingga 120X.

Xioami 13 Ultra Kamera zum 2048x878.jpeg

Di hadapan pula sebuah sensor 32MP disertakan untuk mengambil gambar swafoto. Lensa sudut lebar mempunyai saiz apertur yang boleh diubah dari f/1.9 ke f/4.0 untuk mengawal kemasukan cahaya ke sensor.

Xiaomi 13 Ultra Kamera Belakang.jpg

Lensa Summicron yang digunakan pula menurut Xiaomi mempunyai lapisan yang akan memastikan ia tidak mudah tercalar. Sasaran Xiaomi pada 13 Ultra ialah untuk mengembalikan semula kemampuan fotografi sebenar dan bukannya fotografi perkomputeran yang semakin popular sekarang.

xiaomi 13 ultra pine green

Dari segi rekaan ia memang nampak premium kerana kemasan kulit vegan di bahagian belakang. Meneruskan rekaan 12S Ultra tahun lalu yang juga kelihatan seperti sebuah kamera analog DSLR klasik. Tubuh peranti juga melepasi piawaian IP68 seperti dua model Xiaomi 13 yang dilancarkan sebelum ini.

Peranti menggunakan pelancar MIUI 14 yang berasaskan Android 13. Masih terdapat sistem audio stereo bersama dengan sokong HDR Dolby Vision serta HDR10+ yang memuaskan. Pengimbas cap jari bawah skrin melengkapi spesifikasi Xiaomi 13 Ultra.

xiaomi 13 ultra full spec

Di China harga jualan adalah seperti di bawah dalam pilihan Olive Green, Professional Black dan White. Peranti disahkan akan memasuki pasaran global cuma tiada maklumat bila ia akan memasuki pasaran Malaysia pada waktu ini.

  • Xioami 13 Ultra (12/256 GB)- RMB 5999 (~RM 3868)
  • Xiaomi 13 Ultra (16/512 GB) – RMB 6499 (~RM 4191)
  • Xiaomi 13 Ultra (16/1000 GB) – RMB 7299 (~RM 4707)
- Advertisement -
Share This Article
By MrVeeto
A stone cold heart with a lots of kind inside.
Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *